DASAR PRIVASI

    PRIVASI ANDA

    Muka surat ini menerangkan dasar privasi kami termasuklah kegunaan dan perlindungan daripada semua maklumat yang dimasukkan oleh pelawat. Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurus niaga dengan menggunakan laman web Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ataupun menghantar emel yang mengandungi data-data peribadi, data-data ini mungkin akan dikongsikan bersama-sama dengan agensi Kerajaan yang lain dalam usaha untuk membantu anda secepat dan secekap yang mungkin. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan yang memerlukan ianya disalurkan kepada agensi Kerajaan yang lain.

     

    COOKIES

    Sesetengah laman web (termasuklah kementerian ini) menghasilkan ‘cookies', yang dikumpulkan oleh pelayan laman web bagi membolehkan ianya mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. ‘Cookies' ini tidak menyimpan data-data anda secara kekal dan ianya juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. ‘Cookies' akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

     

    MAKLUMAT LOG

    Apabila anda mengakses laman web kementerian kesihatan dan kesejahteraan rakyat, pelayan web kami akan secara automatik merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar setiap kali anda melayari satu-satu laman web. Log pelayan ini termasuklah maklumat seperti permintaan web, alamat Protokol Internet, jenis pelayar, bahasa pelayar, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih ‘cookies' yang secara uniknya mengenalpasti pelayar anda.

    PERLINDUNGAN DATA

    Teknologi terkini termasuklah perisian enkripsi digunakan untuk melindungi apa jua data yang diberikan kepada kami dan standard keselamatan yang ketat juga dikekalkan untuk mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan.

     

    MAKLUMAT TERKUMPUL

    Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari laman web kkkr kecuali maklumat yang diberikan kepada anda melalui emel, di mana ianya adalah di bahagian laman web kkkr yang dijamin selamat.

     

    PERTUKARAN POLISI

    Jika terdapat sebarang pertukaran pada dasar privasi, ianya akan dikemaskinikan di laman web ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat mana yang disimpan, bagaimana dan bila ianya digunakan dan jika ada, adakah ianya dikongsikan bersama pihak lain.

    Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sabah
    Kementerian Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat
    Tingkat Bawah, 
    Wisma Tun Fuad Stephens, 
    Karamunsing 88300 
    Kota Kinabalu, Sabah.

    088225376

    088219549

    PENAFIAN: PEMADAM Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami oleh pengguna kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

    Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0.

    © 2019 - 2020 PEMADAM Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah