ECSTASY

    ECSTASY atau MDMA juga dikenali sebagai pil khayal, pil goyang kepala, YAMA, YABA dan lain-lain lagi. Ecstasy seringkali dicuba oleh remaja sebagai dadah untuk berhibur di pusat hiburan sepanjang malam. Golongan remaja ini menganggap bahawa penggunaan Ecstacy ini tidak berbahaya. Ianya dijual dalam bentuk pil yang pelbagai warna tetapi dicap dengan simbol Lolo, Roket, Playboy, Butterfly, WY, Wau, Loveshape, Apple, Arrow, Music Key dan A.
     

    CARA PENGGUNAAN :

    •   Telan.

     

    KESAN :

    • Loya, bimbang, kancing gigi, mulut kering, berdebar debar, rasa sejuk dan panas silih berganti.

    • Mengganggu perasaan dan urat saraf dan boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tidak rasional.

    • Degupan jantung/suhu badan/tekanan darah bertambah dan menyebabkan seseorang tidak berkeupayaan mengenal isyarat tubuh.


    © 2019 - 2020 PEMADAM Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah