AMFETAMIN pada mulanya diperkenalkan untuk melegakan hidung tersumbat dan resdung kerana ia dapat mengecutkan saluran darah di hidung. Kini Amfetamin dan terbitannya masih digunakan kepada pesakit narkolepsi (penyakit tidur sepanjang masa), kanak-kanak yang hiperaktif serta untuk mengurangkan berat badan. Ia mula dihasilkan dalam tahun 1920 bagi kegunaan perubatan. Ia terkenal dengan kebolehannya sebagai penahan rasa mengantuk dan keletihan serta boleh memberi keyakinan diri.
CARA PENGGUNAAN :
• Makan dan suntikan.
KESAN :
• Degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah meningkat.
• Dos berlebihan boleh menyebabkan ketar, hilang kordinasi dan maut disebabkan oleh strok atau jantung berhenti.
• Penggunaan berlebian boleh menyebabkan kerosakan otak, ulser dan kekurangan zat pemakanan.
• Mengakibatkan kematian mengejut.