HEROIN ialah bahan separa-tiruan hasil daripada pengolahan morfin dan candu. Warna asalnya adalah putih, kadangkala perang setelah dicampurkan dengan bahan lain. Heroin sebenarnya tidak mempunyai sebarang kegunaan perubatan walaupun pada tahun 1930-an ia pernah diiklan sebagai ubat. Heroin adalah produk daripada opium. Heroin adalah dadah semi-sintetik dan campuran dari morfin dan sangat berbahaya. Ia juga dicampurkan ke dalam rokok untuk menambahkan khayalan pada penghisapnya.
CARA PENGGUNAAN :
• Hidu, suntikan dan hisap.
KESAN :
• Kegembiraan yang melampau.
• Menghilangkan rasa tekanan dan menambah kekuatan kepada penggunanya.
• Kekejangan, koma dan maut.
• Penggunaan berulang menyebabkan jangkitan selaput jantung dan valve, kulit melecet dan paru-paru tersumbat.