LSD ialah singkatan bagi nama Jerman iaitu Lyser Saure Diethylamid dan juga dikenali sebagai Lysergide dan LSD-25. Ia merupakan serbuk hablur yang tidak berwarna atau berbau dan larut dalam air dan alkohol. LSD selalunya dijumpai dalam bentuk cecair, serbuk atau dititik ke atas gula dadu, gelatin atau kertas blotter dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mengeluarkan kesan halusinasi.
CARA PENGGUNAAN :
• Hisap
KESAN :
• Tidak boleh tidur.
• Kurang daya tahan.
• Hilang kawalan diri.
• Percakapan yang tidak teratur atau tidak jelas.