KOKAIN

    KOKAIN sejenis dadah yang memberi kesan euforia yang sangat tinggi kepada pengambilnya. Jenis kokain baru yang dihasilkan ialah jenis injection hidroklorik kokain dan rokok coca yang dicampur. Pada masa yang lalu, kokain dikatakan tidak menyebabkan kesan buruk kepada pengambilnya tetapi ia hanya boleh diambil dalam dos yang kecil. Kesannya amat memudaratkan, iaitu rasa gembira yang amat melampau, disamping hilang keupayaan untuk berfikir dan hidup seperti di awang-awangan. Terdapat  juga kokain yang dijual secara tiruan di mana ia merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampur dengan bahan lain seperti laktosa.
     

    CARA PENGGUNAAN :

    •   Suntikan dan hidu.

     

     KESAN :

    •   Menyerang sistem saraf manusia.

    •   Sekiranya diambil dalam dos yang kecil, ia akan menyebabkan pengambilnya tidur.

    •   Pengambilan dalam dos yang tinggi akan menyebabkan tidur yang lama dan menghalang sistem respirasi berfungsi secara aktif.

    •   Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kematian mengejut.


    © 2019 - 2020 PEMADAM Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah