IKAN KERAPU DIKERAT-KERAT,
UNTUK HIDANGAN SIBURUNG CAMAR.
KERANA DADAH DIRI TERJERAT,
MARUAH TERGADAI NAMA TERCEMAR.

Dadah merupakan bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. Kebanyakannya diperoleh secara haram dan menimbulkan ciri-ciri ketagihan seperti penggunaan pada diri sendiri, penggantungan kesihatan seseorang sama ada daripada segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku apabila disalahgunakan.
Kesan ini mengakibatkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih juga akan sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa atau apa sahaja walau dalam apa juga keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin.
Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, melakukan jenayah dan melacurkan diri. Dengan perkataan lain, dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut.
Info Dadah
KETUM
HEROIN
LYSER SAURE DIETHYLAMID
KODEIN
ECSTASY
KOKAIN
PENGUMUMAN
TIADA PENGUMUMAN
UNDIAN PELAWAT
S.O.P PEMADAM
Dalam Mencegah Penularan COVID-19
Dan Maklumat Berkaitan COVID-19 Di Sabah
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sabah
Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat
Tingkat Bawah,
Wisma Tun Fuad Stephens,
Karamunsing 88300
Kota Kinabalu, Sabah.
088225376
088219549
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0.